Khamis, 21 Oktober 2010

RASULULLAH DIHINA LAGI....KINI DI MALAYSIA




Dewan pemuda PAS pusat akan berhimpun secara aman bagi membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu.
"Saya akan mengetuai bantahan terhadap Rosmah di Masjid Sultan Ahmad Shah di Kuantan manakala di Masjid kampung Baru (di KualaLumpur) akan diketuai oleh Kamaruzaman Mohamad (exco pemuda PAS)," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan ketika dihubungiMalaysiakini, petang ini.
Menurut beliau, tindakan Rosmah selaku penganjur majlis itu sesuatu yang keterlaluan.
"Bantahan akan diadakan selepas solat Jumaat. Kami jangkakan tidak kurang seribu orang akan sertainya," katanya.
Sebelum ini, bercakap kepada Harakahdaily, Nasrudin berkata pemuda PAS mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka menulis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

"Kita desak Rosmah bertaubat dan minta maaf kepada umat Islam secara terbuka," katanya.
Menurut beliau, bantahan berkenaan akan juga diadakan di beberapa masjid negeri seluruh Malaysia selepas solat Jumaat, esok.

Pada festival itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik didakwa diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi “pakaian wanita jalang dan jahiliah”.

"Sungguh memalukan dan jelas menunjukkan Rosmah jahil dan berniat jahat terhadap Islam," kata Nasrudin.

Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam bangkit menyertai perhimpunan itu bagi meluahkan bantahan terhadap tindakan Rosmah dan mendesak isteri perdana menteri itu bertaubat dan mohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam.

Rosmah merupakan Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival. 

Semalam, ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali menggesa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam suapaya mengkaji tindakan Rosmah berhubung perkara yang sama.

Katanya, festival busana itu jelas menghina Islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.

"Kita berarak bantah kartun Nabi yang dibuat di Denmark, di sini di Malaysia, seluruh maruah Islam ditelanjangkan oleh IFF tersebut," kata Lo' Lo'.





Dipetik dari : Malaysiakni

Isnin, 11 Oktober 2010

Video Kemalangan Ngeri 101010 di KM 223...

Video yang sempat dirakamkan oleh pengguna highway yang lalu di tempat kejadian..tho video ni tak berapa jelas dan ada gangguan suara tapi sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada kita situasi sebenar tempat kejadian..

Apa hikmah yang Allah nak tunjuk pada kita di sebalik angka 101010 itu?..12 nyawa Dia ambil sekelip mata sahaja..Jika tengok video tu, akal lemah kita ni tak terjangkau utk gambarkan macamana bas tu boleh melambung dan menghempap kereta Myvi hingga ranap..MasyaAllah!




Al-Fatihah..semoga keluarga mangsa2 kemalangan tabah menghadapi
ujian maha berat dari Allah ni..sesungguhnya setiap yang hidup itu
pasti akan bertemu dengan kematian..Caranya saja berbeza..






(semua gambar ku ambil dari blog myvitrd yg diperolehi
dari fb seorang penunggang motosikal yg menyaksikan keadaan di sana)

Dipetik dari : Kalam Hati

Ahad, 10 Oktober 2010

GPMS mahu k'jaan kaji semula makanan tambahan

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kedah meminta Kementerian Pelajaran mengkaji semula pelaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada pelajar miskin bagi mengelakkan ia menjadi satu pembaziran.

Pengerusinya Zuraidi Rahim berkata daripada maklumat yang diperolehinya, pelaksanaan RMT ketika ini adalah makanan disediakan pada pukul 7.30 pagi tetapi ramai yang tidak mendapat manfaat daripada program itu kerana ketika itu adalah waktu persekolahan.

Katanya apabila ramai pelajar miskin tidak dapat menikmati RMT, ia merupakan satu pembaziran dan tidak menepati hasrat kerajaan untuk membolehkan pelajar-pelajar miskin mendapat makanan yang berkhasiat.

"Bila pelajar itu datang ke sekolah, mereka tergesa-gesa...masa hanya tinggal 10 atau 15 minit sebelum masuk ke kelas. Mungkin kementerian patut kaji untuk penyediaan makanan itu dianjakkan ke waktu rehat supaya ia tidak menjadi satu pembaziran duit kerajaan," katanya kepada pemberita di Pendang.

Katanya kerajaan sememangnya telah banyak memberi bantuan kepada pelajar-pelajar miskin tetapi tanpa pelaksanaan yang betul ia hanya menjadi satu pembaziran.

"Kami akan membuat memorandum secara bertulis kepada Kementerian Pelajaran mengenai perkara itu...menyatakan penyediaan makanan pukul 7.30 pagi tak sesuai.

Pelajar boleh tunggu waktu rehat untuk makan. Kalau pelajar miskin tak bawa duit tunggulah sampai ke petang (balik rumah) baru boleh makan," katanya.

Mengulas mengenai cadangan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mohd Shafie Apdal untuk menyalurkan bantuan kira-kira RM100,000 kepada setiap Umno Bahagian di negeri ini bagi membantu sekolah-sekolah yang memerlukan, Zuraidi berkata beliau berharap peruntukan itu sampai ke golongan sasar dan tidak disalahgunakan pihak-pihak tertentu.

"Jangan hanya pilih orang "kita". Pilihlah orang yang sepatutnya. GPMS Kedah juga tiada masalah untuk membantu. Bukan hanya Umno, kalau PAS atau parti lain mahu kita bantu pun kita akan bantu jika demi kepentingan para pelajar.

"Kita tak nak para pelajar miskin diabaikan kerana tidak mendapat bantuan yang sepatutnya diberikan," katanya.

Sementara itu, Zuraidi berkata sumbangan peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor sebanyak RM25,000 yang pada asalnya untuk membaiki lima buah rumah keluarga miskin di negeri, akan digunakan untuk membaiki tiga lagi rumah.

"Asalnya peruntukan itu untuk lima buah rumah, masing-masing dua di Kuala Ketil dan Kuala Kedah serta satu di Pendang. Tetapi ada lebihan, kita akan baiki tiga lagi rumah iaitu di Padang Terap, Pokok Sena dan Baling. Kita ada senarai 250 lagi rumah yang perlu dibantu. Kita akan cari lagi peruntukan," katanya.


Dipetik dari : Malaysiakini

Najib: Cina Bukan Pendatang....

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata rakyat Malaysia keturunan Cina bukan pendatang sebaliknya merupakan warga setia negara ini.

Kata-kata hinaan dan sentimen negatif seperti itu perlu dikikis, kata Perdana Menteri ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan MCA ke-57 di Wisma MCA di Kuala Lumpur.

"Saya setuju dengan anda bahawa kaum Cina Malaysia tidak boleh digambarkan sebagai kaum pendatang.

"Itu mungkin bagi beberapa generasi sebelum ini tetapi hari ini, anda adalah warga Malaysia yang setia," katanya yang mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan.

Beliau berkata dengan melihat ke depan, semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang dan kepercayaan perlu bekerjasama bagi menyumbang ke arah membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara progresif.

Beliau berkata semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh orang-orang tua dahulu perlu diteruskan agar Malaysia akan terus bertambah kukuh dan dapat bersaing di arena global.

"Impian saya agar Malaysia menjadi negara maju abad 21 yang benar-benar berkelas tinggi. Bukan negara sederhana kelas kedua tetapi menjadi antara negara maju yang terbaik di dunia," katanya.

Najib berkata kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.

"Itu sebab saya nak sangat kemenangan pada pilihan raya umum ke-13. Kita tidak boleh mentransformasi (negara ini) kecuali kita mendapat mandat baru (daripada rakyat) dalam pilihan raya umum ke-13.

"Ini merupakan sebahagian daripada usaha mentransformasikan Malaysia," kata Najib.


Dipetik dari: Malaysiakini

Jumaat, 1 Oktober 2010

Keliru dan celaru dengan sedikit dugaanMu....

Sehari dua ni agak kelam kabut sikit....terima dugaan dari Allah. Baru sikit je... tapi hati dah tak tenteram....
Nama tersenarai dalam 10 yang akan bergerak ke merata SMK di daerah Temerloh.... cuak, gementar, keliru.

Terlalu sayang kat sekolah ni... terlalu sayang kat subjek yang aku ajar. Mula ingat kat tuhan. Solat hajat la... doa tak henti-henti. Tuhan nak test dengan khabar angin...dah gelabah. Kini reda kembali, tak tau la sampai bila.....

Kelmarin anak bongsu aku kena demam yang teruk... selsema yang teruk... badan panas lampau..meleleh-meleleh air hidungnya... malam tu teruk sangat keadaan dia... Mama dia bawa ke Klinik Zul. Dapat ubat untuk stabilkan sementara.. untuk bertahan sementara. Yang jadi mangsa malam tu tentulah mama dia. Tapi kesabaran kedua-duanya terlalu tinggi, tak macam aku.

Semalam terpaksa dia 'mencutikan' dirinya. Tak perlu pergi sekolah, itulah keputusan yang dia dan mama dia buat...aku ikut aje... Petangnya baru dia dapat tidur lena, mungkin selsemanya dah agak reda. Tapi bila dia bangun dari 'tidur lenanya' itu, dia tak dapat melangkah. Tak boleh berjalan. Aduh....teringat aku akan penyakit yang Angahnya pernah kena semasa kecil-kecil dulu, bila demam kuat mesti tak boleh berjalan. Mama dia dah tau apa nak buat. Terus ke kedai Lee Fong beli 100 Plus. Sekurang-kurangnya dapat menambah kekurangan air dalam badannya.

Fikiran aku terus melayang-layang kepada Syafiq, anak Ust. Manaf. Dia belajar setempat dengan Angah kat IPG Lipis. Syafiq dah 6 hari koma di Wad ICU kat Hospital Temerloh. Syafiq sedang berperang  dengan kuman yang sedang menyerang dalam darah dan otaknya. Mak dan ayahnya sedang berperang dengan perasan sedih, keliru dan tak keruan. Katanya ini kali kedua dia menghadapinya. Dulu anak perempuannya, koma kerana dihempap oleh TV di kepala. Alhamdulillah ok. Ini dugaan kali kedua. Abangnya pulak. Seluruh badannya berbintik-bintik merah. Macam kena demam denggi. Uratnya kejang seluruh badan. Suhunya tinggi. Terbujur kaku......ditemani wayar-wayar dan monitor. Drip......

Aku cepat-cepat suruh mamanya bawak Syahir ke Klinik Homeopati Ikhwan Global kat Taman Sri Semantan. Dr(H) kata sarafnya masalah, 50%. Dibekalkan ubat untuk dikemam setengah jam sekali. Alhamdulillah, tengah hari tadi dia dah mulai bertatih....aku balik dari solat Jumaat tadi, dia dah berdiri kat pintu rumah menyambut kami.... dia terlalu gembira dan tak sabar nak tunjuk yang dia dah boleh berjalan semula hari ni.... "jangan laju sangat dik, nanti terjatuh..", pesan aku. Risau jugak aku tengok dia terlalu ghairah nak berjalan. Makin lama makin ok. Lega hati aku......

Petang tadi aku pergi melawat Syafiq lagi di HOSHAH. Nak bersama dan menenangkan hati Ust. Manaf dan isterinya. Dari jauh aku nampak mukanya semakin berseri. Dia tak sabar-sabar nak menceritakan kegembiraannya. "Tengah hari tadi kami dah hampir putus harapan, jantungnya naik sampai 180, uratnya tegang. Tapi lepas Jumaat tadi dia dah stabil semula..jantungnya dah kembali normal...", senyumnya meleret. Impresinya jauh berbeza dengan hari Rabu lepas. "Dah ada respon sikit bila kita dekat dengan dia, matanya bergerak-gerak, macam dia rasa kita ada dekat dia", ceritanya lagi untuk meluahkan kegembiraannya. Alhamdulillah. Semoga Allah memakbulkan doa ayahanda dan bondanya, juga doa kami semua. Jika ia akan memberikan kebaikan kepada agamaMu, kelebihan kepada umatMu, kebahagiaan kepada kedua orang tuanya, maka selamatkanlah dia. Jika tidak, engkau permudahkanlah 'pemergiannya' untuk mengadapMu ya Allah.

Segala-galanya Engkau kembalikan kepadaku dan haknya. Alhamdulillah. Baru sedikit Engkau duga, dah lemah kami nak menghadapinya.....

Nasib Badan......

DULU TOLONG
SEKARANG POLONG





PENYELEWENGAN FELDA BUKTI UMNO KHIANATI MELAYU – harakah daily

Kemenangan peneroka Sungai Koyan 2 dan 3 terhadap Felda membuktikan bahawa badan berkanun yang dikuasai Umno itu adalah benar-benar pengkhianat Melayu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembelaan Peneroka (Tindak), Salahuddin Ayub berkata ianya juga menjelaskan lagi bahawa sememangnya berlaku penyelewengan dan penipuan biarpun dinafikan berkali-kali pihak Felda.

"Kemenangan peneroka Felda baru-baru ini memang menampakkan penyelewengan, penipuan serta salah guna kuasa (oleh) Felda ke atas peneroka."

"Kalau benar Umno mengatakan bahawa mereka adalah pejuang Melayu, 99.9 peratus peneroka yang terbabit adalah peneroka-peneroka Melayu," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau mengulas kemenangan kes 10 peneroka dari Felda Sungai Koyan 2 dan 3 semalam.

Mahkamah Tinggi Kuantan semalam memutuskan Felda perlu membayar RM23,800 kepada 10 peneroka tersebut yang dinafikan hak mendapat bayaran tanam semula.




Diambil dari: Tukat Tiub