Jumaat, 12 November 2010

Mati Terkilan - Tak sempat nak jual 'Pokke'

KUALA TERENGGANU 12 Nov: Hasrat seorang remaja untuk membeli kereta baru dengan menjual sejenis binatang yang dipanggil "Pokke" di sini tidak kesampaian apabila maut dalam satu kemalangan di Jalan Seberang Takir Baru, lewat petang semalam.

Menurut Ibu mangsa, Zabidah Muda, 48 tahun mangsa dikatakan berangan-angan untuk membeli sebuah kereta hasil keuntungan menjual binatang berkenaan.

"Hasratnya tidak kesampaian, dia sanggup pergi ke pulau untuk mencari Pokke sebab dia cakap nak jual dan beli kereta kalu orang beli dengan harga mahal"

"Namun belum sempat dijual disebabkan berat binatang berkenaan belum cukup matang, dia sudah pergi, katanya,"ujar Zabidah Muda dengan nada sebak sambil menangis.

Pokke (gambar) menjadi kegilangan sesetengah pihak di Terengganu sekarang berikutan berita angin yang mengatakan ia boleh dijual dengan harga puluhan ribu ringgit apabila umurnya sudah matang.

Sebelum ini, diberitakan, beberapa orang sudah mati akibat Pokke ini.
Satu laman web menawarkan harga yang baik untuk Pokke atau juga dikenali dengan nama Gecko, Tokek atau Tokay ini.

"Kami ialah pembeli yang berminat untuk membeli Gecko yang bersaiz 400gram dan keatas. Kepada pemilik asal Gecko yang berminat untuk menjual Gecko kepada kami sila hantar gambar Geckobersama pembaris 12 inci berserta maklumat berikut:

1. Nama Pemilik, Nombor telefon dan Lokasi

2. Maklumat berat Gecko, Panjang dan Harga yang ditawarkan

"Hanya pemilik asal sahaja yang boleh berurusan dengan kami, bayaran adalah secara tunai setelah disahkan tahap kesihatan dan kualiti GECKO oleh Pegawai Veterinar kami," tulis laman web itu.
Adik mangsa, Mohd Azuan Mohd Amin, 16 tahun pelajar Sekolah Menengan Seberang Takir, memberitahu,  mangsa dikatakan berkelakuan pelik dengan termenung keseorangan dan sering kelihatan muram.

Pada hari kejadian mangsa dikatakan bertanyakan khabar mengenai seluruh ahli keluarganya termasuk kembarnya yang bekerja di Besut.

Ahli keluarga dikhabarkan terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 7.30 petang melalui seorang rakan mangsa.

Jelas ibunya, ketika ditemui dibilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah, kira-kira seminggu sebelum kejadian, mangsa menyatakan enggan berpindah ke rumah barunya nanti yang masih dalam pembinaan dan hanya ingin tinggal di rumah yang sedia ada.

"Kami sekeluarga kini sedang membina sebuah rumah baru bertentangan dengan rumah yang sekarang ini termasuk dia namun dia cakap dia tidak mahu tinggal dirumah baru itu, dia cakap lebih suka tinggal dirumah lama, jadi makcik tidak sangka dan tidak dapat terima kehilangan dia,"katanya.

Semasa kemalangan jam 7.15 petang semalam, mangsa Muhammad Arifuddin Mohd Amin, 19 tahun seorang penganggur dikatakan dalam perjalanan pulang kerumahnya di Kampung Padang Takir,Seberang Takir,Kuala Terengganu menaiki motosikal jenis Honda Ex5.

Bagaimanapun, mangsa yang keseorangan telah merempuh sebuah lori bermuatan 2.5 tan yang keluar dari simpang Seberang Takir Baru.

OCPD Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin yang dihubungi mengesahkan, mangsa maut semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu selepas mengalami kecederaan teruk di badan dan kepala.

Mangsa dikebumikan ditanah perkuburan Islam Seberang Takir, awal pagi tadi selepas kesemua ahli keluarga pulang termasuk bapanya, Ahli Jawatankuasa Umno Cawangan Seberang Takir yang baru sahaja pulang dari Kuala Lumpur kerana menghadiri kursus komputer anjuran Umno cawangan.

Dipetik dari: Harakah Daily

Pemian Billiard Terkenal Dunia Peluk Islam

MASHAD (Iran), 12 Nov: Pemain billiard terkenal dunia, David John (gambar) mengumumkan dirinya memeluk agama Islam dalam satu upacara di bandar Mashad, Iran timur laut.

Upacara itu turut dihadiri oleh Ketua Pendidikan Jasmani, Ali Saeid Lou dan Imam Sayyed Reza Taghavi, menurut Taqrib News Agency (TNA).

David pernah menajdi juara EBSA, kejohanan billiard yang penting di peringkat dunia, pada tahun 2002 dan 2003.

Sebelum ini, adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair, Lauren Booth, memeluk Islam selepas menziarahi makam Fatimah al-Masumeh di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain enam minggu lalu.

Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas perdana menteri Britain itu.

"Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, saya merasa suatu kejutan spiritual, nyaman dan tenteram," katanya kepada akhbar The Mail.

David John menukar namanya menjadi Davood setelah memeluk Islam (Davood sama dengan David mengikut nama Iran) dan berkata, "Revolusi terjadi dalam diri saya ketika saya sampai di Mashad. Saya berharap bahawa selama ini saya boleh menjadi seorang Muslim lebih baik lagi belajar," katanya.

"Saya pernah menjadi jurulatih di Dubai, Qatar dan Bahrain untuk beberapa tahun dan selama itu saya sudah begitu akrab dengan Islam," tambah David.

"Ketika saya datang ke Iran, saya tertawan dengan budaya Iran dan setelah menuju ke Mashad saya memutuskan untuk memeluk Islam," tegas David.

Ketika upacara, Imam Sayyed Reza Taqhavi mengucapkan selamat kepada kemasukannya dalam Islam sambil menyebut, "pandangan kita terhadap Non-Muslim dan Muslim adalah humanistik."

"Menghormati semua manusia adalah salah satu peraturan dalam Islam," kata Imam Sayyed Reza Taqavi.






Dipetik dari: Harakahdaily