Isnin, 29 Ogos 2011


SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI 1432H

Kepada saudaraku SeIslam, selamat menyambut hari raya puasa esok....semoga ibadat yang kita kerjakan selama sebulan Ramadhan diterima oleh Allah. Semoga esok hari segala dosa kita diampunkan oleh Allah. Kita seolah-olah baru dilahirkan semula dari perut ibu kita,

Hari raya kita tak sama dengan hari raya 'orang lain'. Hari raya kita adalah hari raya  ibadah, hari yang disyari'atkan oleh Allah. Budaya menyambut hari raya ini ditunjukkan oleh Rasulullah caranya. Diajar oleh Rasulullah carnya. Tak perlu ikut budaya orang lain. Kita kena bergembira dan meraikannya, tapi mengikut cara Rasulullah. Bukan berhibur dengan hiburan yang melampau.

Rasulullah mengajar kita, kena mintak ampun dengan kedua ibu bapa kita, jika tidak segala amalan kita tidak diterima oleh Allah. Kena mintak ampun dengan saudara mara kita. Kena mintak ampun dengan sahabat handai kita. Kena mintak ampun dengan orang yang pernah kita buat salah.

Yang penting kita kena bayar zakat fitrah, kalau tak, segala ibadat kita tidak akan diangkat ke langit oleh malaikat. Kalau ibu dan bapa telah meninggal, kita tak sempat nak minta ampunf, kita kena sedekah sebanyak-banyaknya harta kita dan niat pahalanya dihadiahkan kepada mereka. Semoga mereka mendapat pahala yang kita sedekahkan itu selepas dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak. oga mereka mengampunkan segala doasa-dosa kita kepada mereka.

Kemudian pergilah menziarahi sanak saudara dan keluarga. terutamanya keluarga yang lebih tua dari kita.IsyaAllah hari raya kita diberkati Allah.

Yang paling penting,malam ini kita sama-sama beri'tikaf di surau atau di masjid. Sama-sama bermunajat kepada Allah. Mohon keampunan dan bertaubat.....InyaAllah semoga segala amalan kita sepanjang Ramadhan tahun ini diterima oleh Allah.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA PUASA, MAAF ZAHIR DAN BATIN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan