Jumaat, 1 Oktober 2010

Keliru dan celaru dengan sedikit dugaanMu....

Sehari dua ni agak kelam kabut sikit....terima dugaan dari Allah. Baru sikit je... tapi hati dah tak tenteram....
Nama tersenarai dalam 10 yang akan bergerak ke merata SMK di daerah Temerloh.... cuak, gementar, keliru.

Terlalu sayang kat sekolah ni... terlalu sayang kat subjek yang aku ajar. Mula ingat kat tuhan. Solat hajat la... doa tak henti-henti. Tuhan nak test dengan khabar angin...dah gelabah. Kini reda kembali, tak tau la sampai bila.....

Kelmarin anak bongsu aku kena demam yang teruk... selsema yang teruk... badan panas lampau..meleleh-meleleh air hidungnya... malam tu teruk sangat keadaan dia... Mama dia bawa ke Klinik Zul. Dapat ubat untuk stabilkan sementara.. untuk bertahan sementara. Yang jadi mangsa malam tu tentulah mama dia. Tapi kesabaran kedua-duanya terlalu tinggi, tak macam aku.

Semalam terpaksa dia 'mencutikan' dirinya. Tak perlu pergi sekolah, itulah keputusan yang dia dan mama dia buat...aku ikut aje... Petangnya baru dia dapat tidur lena, mungkin selsemanya dah agak reda. Tapi bila dia bangun dari 'tidur lenanya' itu, dia tak dapat melangkah. Tak boleh berjalan. Aduh....teringat aku akan penyakit yang Angahnya pernah kena semasa kecil-kecil dulu, bila demam kuat mesti tak boleh berjalan. Mama dia dah tau apa nak buat. Terus ke kedai Lee Fong beli 100 Plus. Sekurang-kurangnya dapat menambah kekurangan air dalam badannya.

Fikiran aku terus melayang-layang kepada Syafiq, anak Ust. Manaf. Dia belajar setempat dengan Angah kat IPG Lipis. Syafiq dah 6 hari koma di Wad ICU kat Hospital Temerloh. Syafiq sedang berperang  dengan kuman yang sedang menyerang dalam darah dan otaknya. Mak dan ayahnya sedang berperang dengan perasan sedih, keliru dan tak keruan. Katanya ini kali kedua dia menghadapinya. Dulu anak perempuannya, koma kerana dihempap oleh TV di kepala. Alhamdulillah ok. Ini dugaan kali kedua. Abangnya pulak. Seluruh badannya berbintik-bintik merah. Macam kena demam denggi. Uratnya kejang seluruh badan. Suhunya tinggi. Terbujur kaku......ditemani wayar-wayar dan monitor. Drip......

Aku cepat-cepat suruh mamanya bawak Syahir ke Klinik Homeopati Ikhwan Global kat Taman Sri Semantan. Dr(H) kata sarafnya masalah, 50%. Dibekalkan ubat untuk dikemam setengah jam sekali. Alhamdulillah, tengah hari tadi dia dah mulai bertatih....aku balik dari solat Jumaat tadi, dia dah berdiri kat pintu rumah menyambut kami.... dia terlalu gembira dan tak sabar nak tunjuk yang dia dah boleh berjalan semula hari ni.... "jangan laju sangat dik, nanti terjatuh..", pesan aku. Risau jugak aku tengok dia terlalu ghairah nak berjalan. Makin lama makin ok. Lega hati aku......

Petang tadi aku pergi melawat Syafiq lagi di HOSHAH. Nak bersama dan menenangkan hati Ust. Manaf dan isterinya. Dari jauh aku nampak mukanya semakin berseri. Dia tak sabar-sabar nak menceritakan kegembiraannya. "Tengah hari tadi kami dah hampir putus harapan, jantungnya naik sampai 180, uratnya tegang. Tapi lepas Jumaat tadi dia dah stabil semula..jantungnya dah kembali normal...", senyumnya meleret. Impresinya jauh berbeza dengan hari Rabu lepas. "Dah ada respon sikit bila kita dekat dengan dia, matanya bergerak-gerak, macam dia rasa kita ada dekat dia", ceritanya lagi untuk meluahkan kegembiraannya. Alhamdulillah. Semoga Allah memakbulkan doa ayahanda dan bondanya, juga doa kami semua. Jika ia akan memberikan kebaikan kepada agamaMu, kelebihan kepada umatMu, kebahagiaan kepada kedua orang tuanya, maka selamatkanlah dia. Jika tidak, engkau permudahkanlah 'pemergiannya' untuk mengadapMu ya Allah.

Segala-galanya Engkau kembalikan kepadaku dan haknya. Alhamdulillah. Baru sedikit Engkau duga, dah lemah kami nak menghadapinya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan