Ahad, 26 Disember 2010

PERJUMPAAN ALUMNI PELAJAR SM TEKNIK TERENGGANU 78-80 DI CHERATING, PAHANG PADA 25-26 DIS 2010

Hari ini walaupun penat sampai di rumah, tapi puas. Perjumpaan alumni SMTT 78-80 telah berjaya diadakan dengan cemerlang. Daripada 52 alumni yang berdaftar pada mulanya, 42 keluarga yang hadir. Chalet Pak Hitam di Cherating menjadi saksi perjumpaan kali kedua di situ selepas perjumpaan pertama kali pada tahun 2005. Walaupun perjumpaan kedua di Melaka dan ketiga di Batu Buruk, perjumpaan melakar sejarah tersendiri. Kehadiran diluar dugaan, yang mana bath 78-79 dan bath 79-80 hampir sama banyak.

Kejayaan ini patut diberi kepada saudara Kamil Mahmud, Adnan Che Harun dan Danial Mamat yang telah bertungkus-lumus menguruskan tempat penginapan, menyediakan makan malam dan sarapan pagi. begitu juga pujian juga ditujukan kepada kedua-dua penghulu Sdr Yusuof Yaacob (78/79) dan Prof. Dr Zakaria (79/80) kerana tak jemu-jemu menghubung kawan-kawan supaya menghadiri majlis ini.

Sejak dari tengah hari 25hb. sebuah deni sebuah kenderaan alumni masuk ke perkarangan chelet Pak Itam, walaupun sebahagiannya terpaksa tidur di Sanctuary Resort dan Lagen Hotel, kami disambut oleh Sdr. Adnan dan Kamil dengan cenderahati bunga telur dan kelapa muda. Menjelang senja semakin banyak kereta menjalar masuk. Macam-macam model kereta besar, merc, BMW, Alphard, Astima, Audi, Unsr, Honda dan.... tah ape-ape lagi tak terkira, semuanya menyimpa matlamat yang sama...nak jumpa kawan-kawan yang dah tak jumpa sejak 5 tahun lepas...atau sejak 15 tahun lepas...atau 32 tahun lepas.....atau tak tau dah berapa tahun tak jumpa.

Masuk aje detik 8,00 malam, semua keluarga mula memenuhi 'dewan utama' untuk mengambil makanan masing-masing....bergema muzik dari pusat karaoke berkumandang.... di skrin besar ditayangkan CD perjumpaan 5 tahun lepas di situ. Majlis memperkenalkan diri terpaksa dibatalkan kerana suasana terlalu gegak gumpita dengan suara masing-masing yang dah tak sabar-sabar nak bertanya khabar, nak bercerita, nak berseloroh....maklumlah banyak yang nak diperkatakan, banyak yang nak diluahkan, banyak yang terkumpul dalam kepala..... sejak suis kereta dihidupkan di rumah lagi... sepanjang perjalanan dah disusun atur soalan-soalan 'terpendam' yang nak diajukan kepada member-member lama.....

Makanan yang disediakan oleh Sdr Kamil dan isteri....wooooowwwww.....best....bravo......semua puji... nasi goreng...bihun sup.....spegeti....ayang bakor...kambing bakor.....apa lagi aku pun dah lupa....pulut kuning dan udang masak merah.....aduuuiiii sedap betul.... kena pulak kopi 'o' panas....

Apa lagi berborak sambil berkaraoke sampai pukul 1 pagi...lepas tu Tg. Anuar Musaddad ngajak ngeteh di luar pulak..pukul 2 baru balik ke chalet....borak lagi sampai jam 4 pagi....nasib baik tak dak member yang 'ngajar kitab 52'....tentu sampai pagi....

Aku tanya Sdr Sani, berapa jam tidur.....dengan bangga dia tunjuk jari yang penuh dengan kuah nasi dagang...2 jam je.... balik dari ngeteh kat luar tu, bukak pulak gelanggang 'usrah', cerita bab-bab 'ukhrawi'...... nasib baik tak dak orang kena tidur di tangga chalet macam 2005.....kena tutup pintu ke bini....hahahaha... sape ek.....

Malam tu ramai yang tunjuk bakat terpendam..kononnya masa sekolah dulu tak sempat nak jual suara...Sdr Syed Abdullah pemimpin band Tektra tak bagi nyanyi... katanya suara 'mambang'.... jadi masa ni la nak tunjuk bakat terendam dulu tu.....Adena, Sani, Nik Rofa, Zaid, Zahanim, Lokman.... semua 'menyumbangkan' suara.... yang best pasangan duet suami isteri, Hatta dan Wan Zamilah.....romantik sekali.... tapi semua orang rindukan suara Hj Kudzi..... tak dapat hadir.....kalau tak tentu ada orang yang kena tidur di luar chelet lagi....hahahahaaaaa..... Adnan cakap dia dah pilih lagu dalam senarai, tapi bila nak nyanyi, CD nye tak dak... hahaha..... alasan yang paling konkrit.....

Pagi tadi Kamil sediakan sarapan pagi yang best....nasi dagang dan nasi kapit sambal......wooowww... fantastik..... suami isteri yang memang minat memasak....best.....best....best.....

Lepas tu bergambar beramai-ramai... mula-mula batch 79/80....kemudian 78/79.... kemudian campur.... macamm-macam ragam.... tak tahan  perut....masing-masing  masih bawak perangai masa sekolah dulu.... masa mesyuarat pun sama....macasm sekolah ndulu...tak kering gusi dibuatnya...apa tah lagi pengerusinya Sdr Yusuf Yaacob.... ada je yang mencelah buat kelakar..... keputusannyaaaa....... tahun depan...pada tarikh dan tempat yang sama....perjumpaan akan diteruskan dan Chalet Pak Itam akan jadi lokasi tetap untuk perjumpaan tahunan.....

Jumpa lagi tahun depan 25-26 Dis 2011, di tempat yang sama.... semoga kemeriahan tahun ini akan ditambah lagi tahun depan seiring dengan pertambahan ahli yang datang....

Jumaat, 17 Disember 2010

KEHEBATAN AL QURAN........

Asyura: Saintis Buktikan Laut Merah Terbelah Utk Nabi Musa
Posted on Friday, December 17 @ 00:05:00 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

ArtikelOleh: ustnik

"moses_parting_the_red_seaDi antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah.

Ayat 50 surah al-Baqarah
 menceritakan hal ini dan hadis Nabi menerangkannya. Saintis Barat mengemukakan teori angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube).

Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman-Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku. Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10 Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain. Apa beza dengan umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat bubur asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi menolak ajaran al-Quran selain puasa?

Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram). Baginda bertanya; ‘Hari apa yang kamu puasa ini?’ Jawab Yahudi: ‘Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.’ Sabda Nabi SAW : ‘Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada kamu.’ Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. At-Tirmizi berkata: Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda bersabda: ‘Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi’. Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak. (Tafsir al-Munir j1 ms 163)
Hadis tentang Yahudi di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh Imam Nawawi dalam syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian juga mukjizat Nabi Musa as yang mendahului bukti saintifik. Kita membenarkan mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik.
artikel berkaitan:
Saintis buktikan Nabi Musa belah laut
LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.

BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi
"
 











Dipetik dari : Tranungkite

Jumaat, 3 Disember 2010

GAJI PENGERUSI SYABAS...RM5.1 JUTA SETAHUN...OOOOOOOO

BERSAMA MB KE ISTANA NEGARA














KENYATAAN MEDIA
3 Disember 2010 


POTONG GAJI PENGERUSI SYABAS UNTUK TAMPUNG OPERASI
 

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa terkejut dengan maklumat bahawa pendapatan Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor(SYABAS) mencecah RM5.1 juta setahun atau bersamaan dengan RM 425,000.00 sebulan.

DPPWP hairan bagaimana kerajaan Selangor sebelum era Pakatan Rakyat (PR) boleh meluluskan pendapatan sebegini banyak untuk seorang pengerusi syarikat yang mempunyai kepentingan dengan keperluan asas penduduk di negeri Selangor iaitu air. DPPWP tidak kisah sekiranya pendapatan tersebut diperolehi oleh Pengerusi atau Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat gergasi yang mempunyai keuntungan berbilion ringgit setahun dan bersifat internasional. 

Tetapi nilai pendapatan sebegitu tinggi tidak wajar diperolehi oleh pengerusi sebuah syarikat yang menguruskan air untuk rakyat. Apakah SYABAS mahu mengambil laba berlipat kali ganda dari rakyat hasil dari sedikit jasa menguruskan air untuk keperluan rakyat? Meskipun air di Selangor diuruskan oleh SYABAS, namun lupakah pengerusinya bahawa air dikurniakan oleh Allah swt untuk manusia? 

Air adalah keperluan asas penduduk. Tanpa air, tiadalah kehidupan. DPPWP kesal bagaimana air yang sangat penting boleh diniagakan dengan nilai yang tinggi kepada rakyat. DPPWP juga melihat mungkin inilah faktor SYABAS mahu menaikkan harga air sebanyak 37% kerana mahu menampung operasi mereka termasuk membayar gaji pengerusinya. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahukan kebajikan untuk rakyat dengan memberi 20 meter padu air percuma kepada rakyat.

Sepatutnya Pengerusi SYABAS perlu insaf terhadap keadaan masyarakat khususnya yang berpendapatan rendah. Menaikkan harga air beerti menambah beban kepada rakyat. Rakyat baru mendapat hadiah dengan kenaikan harga minyak petrol RON 97 baru-baru ini, usah ditambah dengan pelbagai kenaikan lagi.

SYABAS perlu melihat kesan kepada ekonomi negara dengan hampir semua harga barang keperluan akan meningkat. DPPWP menyokong sekiranya ada usaha kerajaan Selangor mahupun SYABAS sendiri memotong gaji pengerusinya untuk menampung kos operasi mereka atau memberi bantuan keperluan asas kepada penduduk khususnya warga Selangor. 

DPPWP juga menyokong usaha kerajaan Selangor yang akan mengadakan himpunan besar-besaran pada 5 Disember 2010 sebagai membantah kenaikan harga air oleh SYABAS.

Disediakan oleh;
FADHIL OSMAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan